Setiap masalah ada penyelesaiannya dan setiap penyakit juga ada penawarnya. Hanya apa yang diperlukan ialah usaha untuk mencari penawar yang sesuai dengan penyakit yang dihidapi. Mungkin terpaksa mengambil masa yang agak lama, sehingga mencapai puluhan tahun. Namun setiap usaha pasti ada hasilnya. Sebagai insan yang waras, perasaan mudah kecewa dan putus asa tidak perlu ada dalam diri kita. Kesabaran juga memainkan peranan untuk membentuk usaha yang dijalankan. GAMOGEN ~ Penderitaan anda ada penawarnya.
Sejak turun temurun, penduduk Langkawi sudah gemar mengamalkan air gamat asli bagi tujuan membantu mempercepatkan penyembuhkan luka luaran dan dalaman, lebih-lebih lagi ibu-ibu yang baru bersalin.
Ujian menunjukkan ekstrak Gamat yang ditulenkan dan diberi minum pada takaran 10mg/kg berupaya menyembuhkan luka ringan dengan sepenuhnya dalam masa 6 hari berbanding 9 hari menggunakan iodin dan 11 hari jika tanpa sebarang rawatan.
Gambar menunjukkan luka dalaman yang diakibatkan oleh gastrik ulser yang agak serius. Setelah mengamalkan GAMOGEN, luka tersebut hampir sembuh dalam tempoh kurang daripada 2 minggu.
Wanita muda ini cedera parah dalam kemalangan jalan raya di mana serpihan kaca telah menembusi kulitnya. Apabila meminum GAMOGEN, lukanya hampir sembuh dengan sempurna dalam masa 6 hari tanpa melakukan sebarang pembedahan plastik!
Kaki pesakit diabetik ini sudah dipotong 3 kali namun masih teruk malah berlubang sedalam 1/2 inci. Selepas memakan GAMOGEN, lukanya sembuh hanya selepas 10 hari!
Kesan GAMOGEN terhadap sistem badan seseorang ialah:
Meningkatkan perjalanan darah dengan melicinkan perjalanan salur darah
Meningkatkan sistem pertahanan tubuh dengan mempercepatkan pengumpulan sel-sel darah putih dan antibodi ke bahagian yang cedera
Menolong menyingkirkan bahan toksik dan buangan lain melalui saluran darah
Meningkatkan Daya Ketahanan Badan |
Beberapa penyakit seperti radang sendi dan kulit, sytemic lupus erythematosus dan asma berlaku disebabkan sel-sel imunisasi badan tidak dihasilkan dengan sempurna atau berfungsi dengan betul.
Kajian kami (Masami, Foong & Yaacob 2001) menunjukkan yang GAMOGEN membantu dalam proses penghasilan "cytokine" (satu bahan yang merangsang & meregulasikan sistem imunisasi) bagi menghalang jangkitan, mengawal sambil merawat pesakit arthritis dan penyakit kulit serta menjadikan tubuh bertindak melawan jangkitan kuman dan virus, punca kanser, demam, resdung, penyakit kulit dan lemah badan.
Penyembuhan Luka ke Atas Bayi & Ibu Hamil |
Kajian menunjukkan kewujudan sekumpulan peprida kompleks gamalin dalam ekstrak gamat yang berupaya merangsang pertumbuhan sel ini dapat dilihat terutamanya pada sel/tisu yang cedera dan sedang dalam tumbesaran.
GAMOGEN amat digalakkan pada ibu-ibu hamil & selepas melahirkan anak. Ia merangsang pertumbuhan otot, sel saraf dan meningkatkan daya ketahanan bayi dalam janin ataupun yang sedang membesar. Hasilnya bayi lebih sihat dan kulitnya lebih cantik. Kesan rangsangan sel-sel ini juga membantu menyubur dan mempercepatkan penyembuhan luka luar & dalam sistem peranakan si ibu.
Pada usia 2 bulan, kanak-kanak ini sakit tenat akibat komplikasi paru-paru,jantung dan salur darah. Dengan bantuan GAMOGEN, dia pulih dan cergas,dan kini sudah menjangkau usia 4 tahun!
Meningkatkan Kecergasan Badan |
GAMOGEN membantu:
Peningkatan kadar metabolisme sel
Mengurangkan paras kolestrol dan glukosa dalam darah
Merangsang kecergasan otot
Mengurangkan keletihan serta kekejangan otot
Ini adalah disebabkan peningkatan fosforilasi oksidatif, metabolisme sel-sel dan tisu seterusnya menyebabkan pengembalian pemulihan badan.
Kajian telah menunjukkan sebatian gamalin kompleks yang terdapat dalam GAMOGEN pada dos tertentu ini berupaya membantu mengurangkan risiko penyakit koronari jantung kerana:
membakar lemak bagi pembentukan tenaga badan tapa mengganggu metabolisme otot skelet, menurunkan paras kolestrol dan LDL (Low Density Lipoprotein dan meninggikan paras HDL (High Density Lipoprotein)
meningkatkan stamina dan daya tahan badan dan membentuk otot
mengimbangi paras gula dalam darah
GAMOGEN membantu tubuh anda menghasilkan kolagen untuk mengurang dan melambatkan kemunculan kedut halus. Tidak perlu lagi menggunakan krim berasaskan kolagen atau gel anti pengoksidaan yang mahal. Kajian membuktikan GAMOGEN pada dos 10mg/kg bukan sahaja menyerikan luaran kulit malah bertindak dari dalam.

Pesakit psoriasis ini hanya mampu terbaring di awal penyakitnya. Dalam masa cuma beberapa bulan setelah mengamalkan GAMOGEN, beliau mula berupaya untuk duduk dan akhirnya berdiri dan berjalan sendiri!
Merangsangkan pembentukan lapisan luar dan dalam kulit hasil daripada peningkatan peredaran darah serta membantu penyerapan dan penggunaan oksigen oleh sel-sel kulit.
Menjadikan kulit nampak lebih bermaya kerana ia semakin bertambah lembap dan lebih tegang.
Membantu tubuh membentuk kolagen dalam kulit bagi mengurangkan kedut seperti garisan halus dan memelihara keserian kulit.
Membantu peningkatan daya ketahanan dalam kulit agar susah dijangkiti kuman atau jerawat.
Sebahagian besar daripada penyakit berbentuk degeneratif seperti arthritis (radang sendi), osteoperosis, barah, penyakit jantung, darah tinggi, diabetis, pneumonia dan lain-lain adalah berkaitan dengan usia yang lanjut. Hakikatnya, setelah usia seseorang menjangkau 40 tahun, bukan hanya kedutan kulit yang berlaku; daya rintangan badan, kecekapan paru-paru untuk berfungsi, metabolisme dalam sel-sel otot, saraf dan tulang di seluruh tubuh mulai menurun.
Kajian menunjukkan bahawa ekstrak yang diproses daripada isi gamat mengandungi satu bahan yang mengembalikan pemudaan semula sel-sel tubuh, iaitu faktor pertumbuhan sel atau gamalin yang merangsang tumbesaran normal, mempercepat dan membantu penyembuhan otot-otot yang rosak serta pembentukan tulang dan saraf yang membantu proses pemudaan tubuh.
Penghasilan sel-sel limpa dirangsangkan dan tahap protein dalam darah meningkat cepat beberapa jam selepas GAMOGEN diminum. Peningkatan ini memberi tenaga kepada tubuh untuk menghasilkan sel-sel baru yang lain.
GAMOGEN telah terbukti dapat mengurangkan keletihan dan tekanan kerana ia meningkatkan peredaran darah, menjadikan peningkatan bekalan oksigen dan zat-zat yang diperlukan ke tisu-tisu utama badan. Ia amat sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami tekanan darah tinggi.
Ia juga meningkatkan tahap serotonin dalam saraf otak yang berupaya menceriakan perasaan seseorang serta membantu tubuh membakar lemak yang ditukar kepada tenaga untuk menambahkan stamina dan ketahanan badan.
|